Hanya bayi dapat bernafas dan telan pada masa yang sama.
Orang
dewasa tidak dapat berbuat demikian.
Kita semua tahu yang badan kita mempunyai dua salur yang
membezakan salur pernafasan dan makanan.
Esofagus adalah salur di mana makanan dan air melaluinya.
Manakala trakea adalah salur pernafasan.
Semasa kita hendak menelan makanan. Salur pernafasan kita
akan tertutup seketika oleh epiglotis.
Sekiranya epiglotis tertutup lambat,kita akan berasa
sakit.Ingat bahawa trakea adalah sangat sensitif.
Gambar rajah sistem pernafasan
Ini adalah daripada pendapat saya, (sekiranya ada apa-apa penambahan atau perubahan sila beritahu)
-Bayi adalah makhluk yang lemah dan baru.
-Semasa baru dilahirkan,sistem badan masih lagi lemah dan mengambil masa untuk badan menjadi kuat. (seperti orang dewasa)
-Bayi bernafas dan menelan pada masa yang sangat cepat kerana bayi tidak lagi pandai untuk mengawal cara untuk makan dan minum.
-Rongga bayi agak luas sehinggakan makan dan bernafas boleh dilakukan secara serentak.
-Jarak laring adalah besar atau kebawah berbanding jika sudah dewasa. Bila sudah dewasa,laring akan bergerak ke atas. (agak rapat tapi tidak terlampau rapat)
Saya hendak menambah ilmu dan berkongsi ilmu.Tapi saya tidak mahu berkongsi ilmu yang salah. Sekiranya terdapat kesalahan maklumat atau penambahan. Sila inform pada saya melalui ruang komen di bawah,
Saya sekadar manusia biasa yang hanya ingin mencari keberkatan. ^_^
No comments:
Post a Comment