Di sekolah saya sedang belajar kimia bab mengenai endotermik
dan eksotermik.Dan soalan yang paling ramai akan tanya adalah adakah ais kering
itu endotermik atau eksotermik.
Ramai yang pening dan susah untuk memahaminya. Tapi
sekiranya anda faham konsep, ianya suatu benda yang mudah
Ekso bermaksud luar
manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem. Oleh
itu suhu di persekitaran akan meningkat.
Endo bermaksud dalam manakala
termik bermaksud haba. Endotermik bermaksud haba yang diserap masuk ke
dalam dalam bahan hasil tindak balas. Oleh itu suhu bahan tindak balas akan
meningkat.
Tindak
balas Endotermik berlaku apabila bahan kimia yang
berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan menyerap
haba daripada persekitaran seterusnya suhu di pesekitaran akan menjadi lebih
rendah daripada haba purata bahan-bahan kimia yang
ditindak-balaskan.
Bahasa mudah-
Eksotermik-pembebasan haba daripada bahan itu sendiri.
Endotermik-penyerapan haba dari sekeliling
Contoh eksotermik dalam kehidupan
(semua benda yang panas apabila disentuh)
-air panas
-tindak balas antara logam alkali dan air (tindak balas ini
menghasilkan api )
-pembakaran
-hot pack (selalu tengok dalam drama korea kan, hehe)
-dan macam-macam lagi.
Dari sains-
·
Tindak balas pembakaran - Bahan bakar (bahan
kimia yang mudah atau boleh terbakar) bertindak balas dengan gas oksigen
Endotermik (semua benda yang tiba-tiba sejuk)
-ais kering
-mendakan
-alkohol terkena kulit (kalau pernah kena cucuk dekat
hospital ke, nurse mesti akan sapu dekat tempat nak cucuk tu supaya kuman mati
) jangan fikir ianya haram pula ya.
Oh,panjang lebar bercerita. Pasal ais kering tadi.
Air kering adalah endotermik walaupun kita tengok kalau ais
kering bila kita masukkan dalam air tiba-tiba keluar asap. (Nampak macam tindak
balas logam alkali dengan air)
Ais kering serap haba daripada sekeliling untuk dia
bercerai. (haba atau tenaga digunakan untuk memutuskan ikatan yang terikat
antara ion)
Jikalau kita masak
telur, telur itu menjadi panaskan. Tapi dari segi sains, senang cakap,
sebenarnya telur tu sejuk beku.
-daripada cecair/lendir telur bila kita masak atas api, telur
akan jadi pepejal dan kita makan.
Telur tu sebenarnya menyerap haba kan.
Apa-apa sahaja perubahan daripada tenaga haba kepada tenaga
kimia adalah ENDOTERMIK
Kenapa telur tenaga endotermik:_
Cuba tengok
Daripada haba yang dibekalkan iaitu api akan tukarkan cecair
telur menjadi telur yang pepejal (perubahan tenaga kimia)
Ais kering? Daripada pepejal jadi gas kan.. (perubahan
tenaga kimia tu)
-jap,ais kering serap haba, jadi sekeliling akan sejuk. Sebab tu lah ais kering digunakan dalam bekas orang jual aiskrim. jadi aiskrim akan kekal sejuk dan tidak cair
Eksotermik??
Perubahan daripada tenaga kimia kepada tenaga haba lah.
nak lebih faham dengan lebih lanjut anda boleh rujuk wikipedia mengenai
Termokimia
-semoga info ini dapat membantu anda walaupun sedikit.
-saya hanya mampu berkongsi apa yang saya ada dan pelajari.
-sila beritahu saya sekiranya ada maklumat yang salah. Bantuan anda amat saya hargai.
-saya tidak mahu berkongsi maklumat yang salah.