Dah lama tak buka dan update blog ni.Tahun lepas last update.
Assalammualaikum~~~
Hai,sihat semua.Insyallah,kalau boleh baca lagi ni sihatlah tu.Alhamdulillah Allah bagi kita kehidupan hari ini supaya kita dapat berbakti di jalanNya.
Topik hari ini berkaitan IMPIAN.
-maaf kalau saya berbahasa rojak dan ada inggeris-inggeris sikit.
Keyakinan.Impian
Saya pasti semua orang ada impian masing-masing tidak kira impian itu kecil atau besar,
Semestinya kita mahu tunaikan impian kita walau apa jua sekali pun.
Impian bagi pendapat saya merupakan satu tugas yang harus dilaksanakan sebelum kita tidak mampu untuk berbuat demikian.
Bercerita tentang impian.Saya ada banyak impian dan impian itu kekadang bagi saya tidak masuk akal.
Antara impian dan mungkin tergolong dalam impian anda semua iaitu melancong ke negara orang,memulakan seuatu perniagaan,hidup bahagia bersama keluarga.
Saya mempunyai satu impian yang agak besar bagi saya iaitu untuk membuka Kafe.Tempat untuk beristirehat dan berbual serta menambah kenalan lalu merampatkan hubungan silaturahim.
Saya ada terfikir untuk melakukan konsep minum sambil berkongsi masalah. Kafe ini seolah-olah tempat untuk mereka meluahkan perasaan dan juga tempat untuk mereka mencari pandangan serta nasihat. Kaunseling Kafe. Saya ada terfikir untuk ambil bidang berkaitan kaunseling.Insyallah suatu hari nanti.
Impian kedua saya adalah untuk melancong ke negara luar.Apabila difikirkan tentang kenalan. Saya mempunyai kenalan surat-menyurat 'penpal' dari kebanyakkan negara.Oleh itu tiada masalah untuk saya pergi ke sana. Yang jadi masalahnya adalah duit............. (taktau nak cite tang mana dah kalau dok sebut pasai duit ni,pandai-pandai hang la cari duit sendiri)
Loghat kedah tu~maaf la naa...
Duit boleh cari,masalah nya saya ini bukan jenis orang yang reti minta kerja.Tahu-tahulah,keyakinan itu tak muncul sebab fikir umur baru 18 dan tiada sijil apa-apa. But,teens nowdays work own their own.
Memang salah betul aku permikiran ni.Sekarang ramai remaja dah mula cari pendapatan sendiri.Dah pandai cari duit sendiri.Merasa dapat gaji memang sesuatu yang menyeronokkan.
Saya tahu sebab saya pernah meniaga jual polaroid dan cupcake waktu sekolah dulu.Hahaha
rasanya kena start baliklah perniagaan ni.Haishh..satu jer..malasss .Jangan jadi macam saya.
what should i say more about dreams??
dream to befriends with other people all around the world.
dream to be work with NASA because i want to find another new planet.
Habislah kalau dah mula berbahasa inggeris ni.Grammar dah lari.Tu pun entah betul apa yang aku cakap ke tidak.Hahaha..apa salah mencuba.Jangan takut untuk mencuba.Mana tahu suatu hari nanti boleh jadi translator ke untuk pelancong. (saya ni senyap orangnya dekat luar.tapi dekat sini panjang pula berkata-kata yer)
Oklah,nak cerita pasal impian memang sampai esok lusa takkan habis.Apa impian anda semua?dan apa yang anda buat supaya impian anda tercapai?Kongsilah bersama saya,saya nak tahu juga :)
Assalammualaikum.