Assalammualaikum..hari ini saya ingin bertanyakan kepada anda. Saya ingin bertanyakan pendapat dan cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Berkaitan dengan kesihatan.
Perkara ini terjadi pada saya bermula dari tahun lepas. Semasa saya bertungkus lumus untuk peperiksaan. Perkara yang berlaku adalah saya mengalami masalah sakit kepala. Sakit kepala ini tidak selalu ada,kekadang apabila berfikir kepala saya sakit dan kekadang duduk tanpa berfikir apa-apa (mengelamun) pun datang sakit tu secara tiba-tiba.
Mula-mula saya fikir saya hanya stress dengan pelajaran. Jadi saya hanya pandang ianya sebagai perkara biasa.
Tetapi perkara sakit kepala ini berlaku sehingga sekarang. Sakit kepala bukan nak kata pening. Ianya sakit kepala seolah-olah otak rasa panas. Ada juga rasa macam nak ketuk je kepala ni dekat dinding. Nak katakan stress..saya tidak buat apa-apa pun sepanjang 3 bulan ini. Kerja? Tak,saya lebihkan masa lapang ini berehat dan tenangkan fikiran.
Masalah yang saya hadapi juga adalah waktu malam saya akan sering demam. Orang kata demam malam. Mungkin panas taknak keluar. Peliklah juga kalau setiap malam asyik demam. Tapi sekarang masalah demam ni dah berkurang. Tak selalu terjadi.
Selain itu, masalah yang saya hadapi adalah dada saya berasa penat dan panas. Terasa seolah-olah sesak nafas. Jalan tak jauh mana pun,bila duduk terasa tiba-tiba dada jadi sempit dan panas. Rasa dia seolah-olah lepas makan benda pedas. (rasa macam pedih hulu hati) tapi nak kata saya makan pedas masa itu, memang tak. Rasa dia agak lain.saya memang suka makan makanan pedas, tapi rasa pedih dia lain.. Bila tak makan pedas tu pulak lah yang lagi pedih rasa dari makan bende pedas.
Sekarang saya tengah tulis ni pun saya masih lagi rasa pedih. Sampaikan pedih dia tu ke tulang belakang. Jantung pun rasa macam penat nak mengepam.
Kalau nak katakan sesak nafas... Bila dah mula pedih dada tu, memang nafas pun rasa pendek je.Tersekat-sekat. Saya cuba tenangkan perasaan tu.Mungkin saya panik ke ataupun penat. saya duduk lah, tapi badan tu rasa "sting" pedihh.. Otak pun nak kata..mmg sakitlah. Sakit otak..hahaha
Saya pernah pergi buat pemeriksaan kesihatan. check lah semua.Check darah,tekanan darah,jantung...
Doktor cakap saya ini sihat..sangat sihat.
Masa dulu saya ada pergi buat check sekali, mmg time tu saya sakit..muke pucat.demam seminggu tak baik-baik.. attack dari period pain lah kot. Pergi hospital tengah-tengah malam.. Doktor terpaksa datang balik, check darah..die suspect ada jangkitan kuman..
Doktor suruh pergi tempat yang khas untuk check, untuk tahu semua.
Keesokkannya pergi lah ke tempat pemeriksaan ni. Orang sebut Klinik Kampung Batu..
Masuk-masuk tempat itu..semua orang pandang saya..saya faham kenapa orang semua pandang.Masa itu serius saya cakap.. Confirm semua pernah tengok cerita Zombie kan.. macam tu lah rupa saya masa tu. haha..zombie ke vampire?? Muka pucat gile..takde darah.Bibir pun, tak merah,tak biru..putih warna kulit..
Saya sedar keadaan saya masa tu...jadi saya tak kesah orang nak pandang saya macam mana..
Semua doktor dengan jururawat punyalah risau tengok saya. Hehehe..
Bila check..rupanya darah merah saya tak cukup..Bagilah ubat iron ni.. Makanlah sampai habis..Alhamdulillah sihat..
Lepas beberapa bulan mulalah rasa simtom-simtom sakit kepala, penat, kaki kejang waktu malam, selalu demam waktu malam..
Saya pergilah balik tempat tu.. Buat check up..Masa itu muka saya tak pucat. Boleh dikatakan masa check up tu, saya lah yang paling sihat... Bila dah buat ujian darah, tekanan jantung semua..
Sihat kemain..tak ada penyakit apa-apa.. darah rendah,darah tinggi, penyakit jantung, astma (itu tak pasti)
Volume darah saya pun dah naik..sangat berbeza masa first time saya datang. Tekanan darah pun sangat normal. BMI memang normal walaupun kalau orang tengok macam saya ni tak cukup makan ke.. kurus sangat. Tak boleh nak bantu.Makan apa pun tak besar-besar..Sampaikan berat pun payah sangat nak naik.Tapi saya tengah usahakan untuk kekalkan paras BMI normal. Tak tahulah sekarang ni normal lagi ke tak.
Jadi saya nak tanyalah sedikit pendekatan tentang masalah yang saya hadapi ini. Adakah saya mengelami masalah yang berisiko tinggi ataupun hanya masalah biasa yang sering manusia lain hadapi.
Nak kata buat check up.. Doktor tu pun pelik kenapa buat check up sebab sihat sangat masa tu.. nak kata apa,kalau doktor tak faham..saya lagilah tak faham.
Adalah juga saya baca tanda-tanda masalah yang saya hadapi ini. Kebanyakkannya berpunca daripada stress dan penyakit-penyakit yang berisiko tinggi (insyallah,,tak lah kot..jangan doakan lah ye bende yang buruk-buruk)
Jadi..saya nak tanya apa yang patut saya buat???
Terima kasih kerana membaca dan memberi komen. Saya tak tahu di mana untuk saya bertanyakan masalah.. Jadi saya ambil inisiatif untuk tulis masalah saya di sini dengan harapan anda semua dapat membantu saya. Siapa saya dibandingkan dengan anda yang mempunyai ilmu dan pengalaman.
Miss Kiwi Blog
Wednesday, 9 March 2016
Sunday, 7 February 2016
Impian saya
Dah lama tak buka dan update blog ni.Tahun lepas last update.
Assalammualaikum~~~
Hai,sihat semua.Insyallah,kalau boleh baca lagi ni sihatlah tu.Alhamdulillah Allah bagi kita kehidupan hari ini supaya kita dapat berbakti di jalanNya.
Topik hari ini berkaitan IMPIAN.
-maaf kalau saya berbahasa rojak dan ada inggeris-inggeris sikit.
Keyakinan.Impian
Saya pasti semua orang ada impian masing-masing tidak kira impian itu kecil atau besar,
Semestinya kita mahu tunaikan impian kita walau apa jua sekali pun.
Impian bagi pendapat saya merupakan satu tugas yang harus dilaksanakan sebelum kita tidak mampu untuk berbuat demikian.
Bercerita tentang impian.Saya ada banyak impian dan impian itu kekadang bagi saya tidak masuk akal.
Antara impian dan mungkin tergolong dalam impian anda semua iaitu melancong ke negara orang,memulakan seuatu perniagaan,hidup bahagia bersama keluarga.
Saya mempunyai satu impian yang agak besar bagi saya iaitu untuk membuka Kafe.Tempat untuk beristirehat dan berbual serta menambah kenalan lalu merampatkan hubungan silaturahim.
Saya ada terfikir untuk melakukan konsep minum sambil berkongsi masalah. Kafe ini seolah-olah tempat untuk mereka meluahkan perasaan dan juga tempat untuk mereka mencari pandangan serta nasihat. Kaunseling Kafe. Saya ada terfikir untuk ambil bidang berkaitan kaunseling.Insyallah suatu hari nanti.
Impian kedua saya adalah untuk melancong ke negara luar.Apabila difikirkan tentang kenalan. Saya mempunyai kenalan surat-menyurat 'penpal' dari kebanyakkan negara.Oleh itu tiada masalah untuk saya pergi ke sana. Yang jadi masalahnya adalah duit............. (taktau nak cite tang mana dah kalau dok sebut pasai duit ni,pandai-pandai hang la cari duit sendiri)
Loghat kedah tu~maaf la naa...
Duit boleh cari,masalah nya saya ini bukan jenis orang yang reti minta kerja.Tahu-tahulah,keyakinan itu tak muncul sebab fikir umur baru 18 dan tiada sijil apa-apa. But,teens nowdays work own their own.
Memang salah betul aku permikiran ni.Sekarang ramai remaja dah mula cari pendapatan sendiri.Dah pandai cari duit sendiri.Merasa dapat gaji memang sesuatu yang menyeronokkan.
Saya tahu sebab saya pernah meniaga jual polaroid dan cupcake waktu sekolah dulu.Hahaha
rasanya kena start baliklah perniagaan ni.Haishh..satu jer..malasss .Jangan jadi macam saya.
what should i say more about dreams??
dream to befriends with other people all around the world.
dream to be work with NASA because i want to find another new planet.
Habislah kalau dah mula berbahasa inggeris ni.Grammar dah lari.Tu pun entah betul apa yang aku cakap ke tidak.Hahaha..apa salah mencuba.Jangan takut untuk mencuba.Mana tahu suatu hari nanti boleh jadi translator ke untuk pelancong. (saya ni senyap orangnya dekat luar.tapi dekat sini panjang pula berkata-kata yer)
Oklah,nak cerita pasal impian memang sampai esok lusa takkan habis.Apa impian anda semua?dan apa yang anda buat supaya impian anda tercapai?Kongsilah bersama saya,saya nak tahu juga :)
Assalammualaikum.

Saturday, 3 October 2015
Permohonan Program Matrikulasi
Dah mohon matrikulasi ke belum? Tarikh tutup permohonan
adalah 10/10/2015
Anda boleh membeli nombor pin di bank-bank BSN yang
terdekat. Beli dekat kaunter.
Macam mana nak beli?
Pergi dekat kaunter dan cakap dekat perkerja kaunter tu,nak
beli nombor pin matrikulasi.
Jangan lupa bawa kad pengenalan.
Simpan nombor pin tersebut kerana sekiranya hilang,nombor
pin yang sama juga akan diberikan semula kepada anda. Jika anda pergi beli
balik.
No pin memang tetap untuk seorang. Kalau hilang,hanya
merugikan sahaja. Lebih baik simpan ataupun hafal.
Pendaftaran matrikulasi boleh didaftar di laman sesawang
berikut
Komik mengenai pembelajaran membantu anak anda
Anda suka baca komik? Saya seorang yang suka akan komik tidak kira komik anime, kartun, atau pembelajaran.
Saya cuma nak kongsikan komik yang boleh membantu anda serba sedikit mengenai pembelajaran.
Jikalau anda peminat komik tentunya anda pernah lihat komik Ikhtiar Hidup kan.
Saya bukan nak mempromosikan atau apa suruh dan paksa anda beli. tapi buku ni telah membantu saya serba sedikit mngenai tubuh manusia. Jalan cerita yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak.
Komik ni dibuat di Korea (orang korea yang buat) tapi telah diterjemahkan.
Salah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan. Ilmu boleh dicari dengan apa jua jenis.
Sekiranya kita peminat komik, orang takkan kecam sangat sebab kata kita malas nak ulangkaji pelajaran, asyik baca komik jerr...
Apa susah, tunjuk je komik ni. Siapa kata tak ulangkaji, tengah ulangkaji lah ni. (saya buat camni, jangan risau,ianya berkesan)
contoh muka depan.Kalau rajin anda boleh cari dekat kedai-kedai buku, tapi saya tidak tahu sama ada buku ini masih ada lagi atau tidak. Anda juga boleh buat pembelian online. Macam-macam zaman sekarng. Canggih betul. Baca ikut handphone/tab/ipad/laptop. Oklah,itu sahaja daripada saya
Labels:
anak-anak,
ikhtiar hidup,
komik,
memudahkan mereka belajar,
pembelaran
Subscribe to:
Posts (Atom)